Saturday, April 2, 2011

Artikel 4 GLC bantu jayakan Program Pintar

1 comment:

  1. Sekolah Angkat Pintar bersama Time membabitkan program motivasi dan pembinaan pasukan, bantuan pendidikan seperti kursus bahasa Inggeris dan lawatan sambil belajar. Ia dilengkapi aktiviti meningkatkan kebolehan dan keupayaan peserta seperti menyokong dan menggalak pembabitan ibu bapa dalam pendidikan anak masing-masing.

    Selain Program Pintar, Amiruddin berkata, Time menyediakan program nilai ditambah seperti Primary Literature yang bertujuan melatih guru sekolah rendah di seluruh negara menggunakan kaedah dan bahan pembelajaran alternatif dalam pengajaran bahasa Inggeris di sekolah bagi membolehkan sesi pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami.
    Katanya, program dengan kerjasama British Council itu mendapat sokongan penuh Pusat Perkembangan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran.

    Program ini mensasarkan untuk melatih lebih 1,200 guru di seluruh negara, manakala 500 daripadanya merangkumi Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau Ecer menjelang 2009.

    ReplyDelete